AHLAN WASAHLAN
Pimpinan Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman blog KKDS. Pihak KKDS mengalu-alukan cadangan dan idea yang bernas dari semua pihak agar Keluarga Anak Kedah Syria terus maju untuk menjaga kebajikan penuntut-penuntut Kedah di Bumi Syria..
LINK BLOG KKDS
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
WAKTU SYRIA
DIREKTORI PERHUBUNGAN KKDS

Mohamad Zahir Bin Abdul Halim
(YDP KKDS)+963-932-897758

Muhamad Bilal Bin Mohd Zain
(Timb. YDP)+963-947-818867

Masyitah Binti Mohd Zainon
(Ketua HELWI)+963-949-829580

Mohammad Faiz Bin Mohammad Ali
(Setiausaha Agung)+963-966-550814

Siti Zainab Binti Md Amin
(Setiausaha HELWI)+963-967-348638
TARIKH HIJRIAH
INFO JELAPANG PADI
Makluman!
Salam KKDS pada semua pengunjung
KKDS MESSENGER
WEB NEGERI KEDAH
  • Kerajaan Negeri Kedah
  • kedahlanie
  • YB NEGERI KEDAH
  • YB Tanjung Dawai
  • YB Bandar Baharu
  • YB Pantai Merdeka
  • YB Kubang Rotan
  • YB Bukit Lada
  • YB Pengkalan Kundor
  • PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA
  • MSAJ (Jepun)
  • PPP (Yaman)
  • PPP (Sudan)
  • ppp (Cork, Ireland)
  • PPP (Syria)
  • PPP (Mesir)
  • WEB LINK
  • Karangkraf.com
  • Ilmu Komputer
  • Guru Komputer
  • Dremi Info
  • Design blog I
  • Design blog II
  • PC Media
  • Sumber Pendidikan ICT
  • Smart Teknologi
  • Ilmu IT
  • Suasana di Malaysia
  • Media Muslim
  • Portal Ukhuwah
  • Portal Muslimah
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • Al-wan Komik
  • Nasyid
  • Teman in-team
  • Sahabat Hijjaz
  • Teras Keupayaan Melayu
  • Ulama'
  • Parti Islam Semalaysia
  • Dremi Info
  • Syeikh Habib Omar b. Muhammad
  • Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
  • Syeikh Habib Al Jifri
  • Maktabah Dar Al-Sunni
  • Syeikh Faisal Mauluwi
  • Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
  • Syeikh Yusuf Al- Qardawi
  • Syeikh Muaz Khatib
  • Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
  • Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
  • Maktabah Dar Al-Saniah
  • Syeikh Faisal Mauluwi
  • Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
  • SaifulIslam
  • Harun Yahya
  • Syeikh Yusuf Al- Qardawi
  • BADAN NEGERI DAN SEKOLAH
  • IRHAMI
  • PMTIS
  • TEAM BLOGGER
  • Abang Zul (Pahang)
  • Innallaha Ma'ana
  • Kembara Ilmu
  • Senandung malam
  • Tentang Kita
  • Tinta permata
  • albazrah
  • iffah-hidayah-rejab
  • imansabar
  • rampaisari
  • mrbab-uthmani
  • penyubiru
  • annyss
  • nazhatulshima
  • syauqah-el-wardah
  • alqasam
  • kembarasolo
  • dugongsenyum
  • Azizi Abdullah
  • mrbab-uthmani
  • Wednesday, December 3, 2008
    BINGKISAN JELAPANG PADI-Keluaran Bulan Julai

    Polisi Pilihanraya Dalam Demokrasi

    Dalam sistem pemerintahan demokrasi, pilihanraya menjadi tonggak asas dan ia merupakan salah satu satu konsep dalam perlaksanaan sistem ini. Kerana ia membolehkan rakyat berkuasa untuk menentukan siapa pemimpin mereka dan ia juga mendaulatkan suara rakyat atau ketuanan rakyat dalam sistem demokrasi moden.

    Dengan kata lain, rakyat diberi peluang untuk mengundi bagi memilih wakil dan kerajaan mengikut kehendak mereka. Apabila tiada pilihanraya dalam perlaksanaan sistem demokrasi, demokrasi tiada bermakna. Kerana makna dari demokrasi itu adalah rakyat berkuasa dan berhak dalam urusan pemerintahan negara dan politik. Seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Revolusi Perancis pada tahun 1789 yang membicarakan soal hak asasi manusia sejagat.

    Pengenalan Pilihanraya
    Pilihanraya membawa maksud, satu proses memilih calon yang bertanding untuk menjadi ahli parlimen atau Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang merupakan institusi ekslusif dalam pemerintahan sesebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen. Konsep pilihanraya ini lahir seiring sistem pemerintahan demokrasi di zaman purba dan diamalkan di Athen serta Bandar-bandar sekitarnya. Tetapi ia banyak mengalami beberapa revolosi sejak berzaman hinggalah sekarang. Bermula selepas tercetusnya Revolosi Perancis yang didokong oleh Montesqeo pada abad ke 19 diikuti dengan Revolosi Amerika dan England.

    Bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mereka tidak dapat lari dari mengamalkan konsep pemilihan ini. Cuma di sana ada beberapa bentuk perbezaan dalam mengamalkan sistem pemilihan ini. Ia adalah kerana perbezaan dari sudut georafi dan keadaan negara yang memerintah selepas sesebuah negara itu dijajah. Oleh yang demikian terdapat perbezaan dalam mengamalkan sistem pilihanraya ini di semua negara yang mengamalkan.

    Sistem pilihanraya
    Bagi memastikan pilihanraya dikendalikan dengan sistematik dan adil, perlu dilakukan beberapa perkara berikut:

    Pengendali pilihanraya: wajib ditubuhkan sebuah badan atau suruhanjaya yang benar-benar adil, bebas, berkecuali dan cekap mengendalikan dan mentadbir perjalanan pilihanraya. Di Malaysia, badan itu dinamakan Suruhanjaya Pilihanraya. Mengikut perlembagaan Persekutuaan fasal 113 (1) Ahli Suruhanjaya ini hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja di kalangan mereka yang dikatakan mendapat kepercayaan awam.

    Undang-undang pilihanraya: Hendaklah diadakan undang-undang pilihanraya yang menetapkan peraturan-peraturan dan syarat-syarat berkait dengan segala rukun pilihanraya serta tindakan terhadap mereka yang tidak memenuhi syarat, rukun dan adab pilihanraya. Menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.

    Daftar Pemilih: Menyediakan pendaftaran nama-nama mereka yang berhak mengundi dan memenuhi syarat kelayakannya. Ini kerana bukannya seluruh rakyat berhak mengundi. Pemilih juga mempunyai hak mereka sendiri dalam menentukan sesebuah kemenangan.

    Kelayakan pemilih-pemilih mengikut Perlembagaan Perseketuan perkara 119 fasal (1) menyatakan setiap warganegara yang:
    -Telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan.
    -Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tak hadir dan
    -Didaftar di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pilihanraya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan.

    Seseorang berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri melainkan jika ia hilang kelayakan di bawah fasal (3-4) perkara (119) Perlembagaan Persekutuan.
    Calon pilihanraya: Syarat kelayakan menjadi calon itu hanyalah seperti orang yang layak mengundi dengan sedikit tambahan seperti sempurna akal, tidak bankrap, tidak memegang jawatan pendapatan,tidak melakukan kesalahan jenayah dan lain-lain lagi seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 48.

    Kawasan pilihanraya: Menentukan persempadanan mengikut daerah yang dibahagikan berdasarkan keluasan atau pun jumlah penduduk. Bahagian-bahagian pilihanraya bagi memilih ahli-ahli bagi Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Negeri ialah bahagian-bahagian pilihanraya yang mula-mula digunakan untuk pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri, mengikut mana yang berkenaan, menurut Perlembagaan persekutuan jadual 13 dan Akta Malaysia.

    Penerimaan Ulama tentang pilihanraya
    Keseluruhan para pemimpin dan tokoh gerakan Islam diseluruh dunia bermula dari Asia Tenggara sehingga Afrika Barat yang lahir dari gerakan tajdid dan pembaharuan, berijtihad untuk mengambil sistem pemerintahan Demokrasi ini sebagai wasilah dan wahana dalam perjuangan mereka. Di Antara tokoh tajdid yang menerima sistem ini adalah As-syahid Hassan Al-Bana, As-syahid Syed Qutub, Abul `ala Al-Maududi, Dr. Muhamad Nasir dan ulama ketemporari Dr. Yusuf Al-Qardawi. Tetapi hanya terdapat sedikit perbezaan kerana ia mengikut penafsiran masing-masing. Dan mengikut keadaan serta realiti negara masing-masing.
    Di dalam persidangan Muktamar Rabitoh Alam Islami{Persidangan Ikatan Dunia Islam} pada 12 syawal 1422h yang telah di laksanakan di Mekah Al-Mukarramah telah membahaskan satu persoalanan berkenaan: ( Demokrasi dan perkongsian kuasa orang Islam di dalam pilihanraya di bawah pemerintahan orang-orang Kafir).Salah seorang pembentang kertas kerja dalam Muktamar Rabitoh ini, iaitu As-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan telah menegaskan bahawa: ”hukumnya dibolehkan ketika mana di dalam musyarakah (perkongsian) tersebut, ianya memberi maslahah bagi orang Islam tersebut atau bagi orang Islam yang lain darinya (orang Islam yang bukan mendiami negara tersebut, hanya berhijrah atau selainnya), samaada di dalam negara tersebut atau luarnya.”Dan ia dikuatkan lagi dalam Muktamar ‘Alim Ulama’ dan Muballigh Islam Se-Indonesia yang dilangsungkan pada 27 Rejab 1 Sya’ban 1372 bersamaan 11-l5hb April 1953 di Medan, sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia). Sudah memutus dan Memfatwakan kepada seluruh rakyat Indonesia sebagai berikut:

    1.Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, lelaki dan perempuan,
    yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia
    yang telah disahkan:-

    a)WAJIB menjalankan hak-pilihannya dengan jalan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan
    memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pungutan suara.
    b)WAJIB memilih hanya calon-calon yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum
    Islam dalam negara.

    Kaum Muslimin, lelaki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang. Dari apa yang penulis nyatakan di atas, adalah setiap mereka atau negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ini perlu kepada pilihanraya. Kerana pilihanraya adalah jalan tunggal dan “muajahah silmiah” untuk mendapatkan kuasa pemerintah dan menguasai sesuatu kerajaan dalam pengamalan sistem ini. Dan ia juga boleh menyempit dan mengurangkan kekuasaan pemerintah yang kejam dalam melaksanakan plan tindakan kerajaan, juga boleh membantu umat Islam menyuarakan suara dan kehendak mereka dalam institut perlembagaan.

    Sambungan keluaran akan datang...

    Disediakan oleh: Mohd. Mujahid Mokhtar
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 9:31 AM   1 comments
    PENGENALAN

    Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
    Lokasi: Damascus, Syria
    Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
    See my complete profile
    Terbitan
    Arkib
    BERITA
    Powered by

    -::NOURAN CREATIVE::-


    Daftar Pelawat
    Hit Counter
    Hit Counter
    Keluarga Anak Kedah Syria 2009 Bingkisan Jelapang padi Template by Isnaini Dot Com